Kedekut

Ogos 20, 2007

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya.Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. “Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?” Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-“Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini.”Balas gadis tadi. “Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku.” Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.”Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar keranakekeringan sekelip mata.” Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. “Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?” Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir.Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. “Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.” Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia. Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah.” Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Wallahua’lam

Jihad !

Ogos 20, 2007

jih.jpg
Surah Ali Imran : [157] Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup).

[158] Demi sesungguhnya! Jika kamu mati atau terbunuh, sudah tentu kepada Allah jualah kamu akan dihimpunkan (untuk menerima balasan).

[159] Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

 j.jpg

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalan-Nya. Sesungguhnya orang yang keluar untuk berjihad hanya kerana iman dan ikhlas kepada Allah, maka Allahlah yang akan memberi jaminan untuk memasukkannya ke dalam Syurga atau akan mengembalikannya semula ke rumah, beliau juga keluar dengan mendapat pahala atau harta rampasan. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Pada setiap bahagian tubuh yang terluka di jalan Allah akan diperlihatkan oleh-Nya pada Hari Kiamat. Ketika beliau terluka warna darah dan baunya adalah seperti minyak kasturi. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya, jika peperangan itu memang tidak berat bagi kaum Muslimin, sudah tentu aku tidak akan meninggalkan pasukan yang turut berperang pada jalan Allah tetapi aku sendiri tidak mampu memberikan kenderaan kepada mereka dan keadaan mereka sendiri juga seperti diriku yang tidak mampu. Mereka sendiri sebenarnya masih merasa keberatan dan tidak dapat berangkat bersamaku. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya aku lebih suka seandainya aku berperang di jalan Allah lalu terbunuh, lalu aku dihidupkan kemudian berperang lagi dan terbunuh, kemudian aku dihidupkan dan berperang lagi dan akhirnya terbunuh lagi.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Nabi s.a.w telah ditanya: Apakah yang dapat dibandingkan dengan jihad pada jalan Allah? Nabi s.a.w menjawab: Kamu tidak akan sanggup melakukannya. Pertanyaan tersebut diulang sehingga dua atau tiga kali. Tetapi baginda masih menjawab: Kamu tidak akan sanggup melakukannya. Pada kali yang ketiganya baginda bersabda: Perumpamaan orang yang berjihad pada jalan Allah samalah seperti seorang yang selalu berpuasa dan selalu melakukan ibadat malam serta taat kepada ayat-ayat Allah. Beliau tidak merasa letih dari puasa dan sembahyangnya sehinggalah orang yang berjihad pada jalan Allah itu kembali.

Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya keluar berjuang di jalan Allah sepagi atau sepetang adalah lebih baik daripada dunia dan isinya.

Hadis Sahl bin Saad As-Saa’idiy r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sepagi atau sepetang yang digunakan oleh seorang hamba untuk berjuang di jalan Allah adalah lebih baik daripada dunia dan isinya.

Hadis Abu Ayyub r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sepagi atau sepetang berada di jalan Allah adalah lebih baik daripada apa yang telah diterbitkan dan diterbenamkan oleh matahari.

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
Sesungguhnya seorang lelaki telah datang kepada Nabi s.a.w dan bertanya: Siapakah orang yang paling baik dari kalangan manusia? Nabi s.a.w menjawab: Seseorang yang berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwanya. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Nabi s.a.w menjawab: Seorang mukmin yang berada di kaki bukit dan beribadat kepada Allah serta menjauhkan manusia dari kejahatannya.

Hadis Al-Bara’ r.a katanya:
Seorang lelaki dari Bani Nabit dari golongan Ansar datang kepada Nabi s.a.w lalu mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya anda (baginda) adalah hamba dan utusan-Nya. Kemudian beliau ikut berperang sehinggalah beliau terbunuh. Nabi s.a.w bersabda: Amalan lelaki ini tidak seberapa, tetapi pahalanya sungguh besar dan banyak.

ji.jpg

Wallahua’lam

Murtad

Ogos 20, 2007

Murtad? Kenapa ada manusia nak murtad daripada Islam? Apa kurangnya Islam hingga mereka perlu mencari selain daripada Islam?

Sekarang ini kegiatan dakwah banyak dipelopori oleh orang2 yang baru memeluk agama Islam..mualaf..kerana masyarakat melayu Islam yang dah lama Islam tidak terlibat dalam usaha dakwah kepada non-muslim.

Point utama untuk mengelak murtad ialah solat. Kelebihan dan kekuatan solat kita boleh cari di mana2 web. Tapi yang ana nak tekankan di sini ialah solat ialah kunci keteguhan Iman. Iaitu solat yang sebenar-benarnya bukan ikut-ikutan. Kerana ramai yang solat tapi tidak memahami solatnya sebab solat yang ditunaikan bukan hasil daripada pemahaman ilmu, tapi hanya sekadar ikutan. Yang ana discuss di sini ialah kunci solat lima waktu dalam meneguhkan iman.

Sebab apa perlu solat 5 waktu? Kalau diperhatikan, solat juga dilakukan pada waktu-waktu tertentu. Awal pagi, tengahari, petang,awal malam, malam.. Pasti ada kelebihannya. Putaran bulan mengelilingi bumi juga mempengaruhi waktu solat di seluruh dunia. Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu..

Manusia perlu solat 5 waktu sehari semalam kerana sifat manusia yang mudah lupa. Lupa tahap paling tinggi ialah LUPAKAN ALLAH. Oleh itu, manusia perlu diingatkan dengan solat. Dan Allah beri banyak kelebihan kepada hamba yang taat kepadanya kerana kasih sayang Allah tidak terhingga. Dengan solat, manusia akan ingat Allah, memuji Allah, membaca ayat2 Quran yang mengandungi peringatan, ancaman, berita gembira, berita duka bagi yang derhaka,balasan di akhirat.

Ana bukan bahaskan dari segi ilmu asas solat. Yang ana sebut di sini ialah KESAN solat dari psikologinya adalah supaya manusia sentiasa mengingati Allah. Jika dia mengingati Allah, maka dia juga akan ingat suruhan dan laranganNya. Point utama ialah mengingati Allah dapat hindari manusia daripada murtad.

Jika dia ditawarkan ribuan ringgit daripada Pendakyah Kristian pun, dia akan sedar dan ingat bahawa duit-duit itu hanyalah secebis ujian daripada Allah untuk menguji keimanannya.

Solat yang ana tekankan ialah solat dengan khusyuk, tawadhuk, dengan ilmu dan pemahaman. Kerana ada juga dipersoalkan, solat tapi masih melakukan maksiat. Masih melakukan maksiat kerana solat tidak membekas di hati, solat..tapi tidak hadir rasa kehambaan..

Point kedua, Sentiasa bersama dengan Jemaah Islam. Jangan kita menjadi kambing yang keluar daripada kelompoknya. Mendedahkan diri dengan ancaman serigala. kambing hanya diserang bila bersendirian. Umat Islam juga begitu, mestilah sentiasa bersama jemaah yang saling ingat-mengingati dalam urusan agama. Supaya manusia tidak lupa.

Sebaik-baik solat ialah di awal waktu(masa),
hadir khusyuk(hati),
jelas dan terang(bacaan & lafaz),
mengikut rukun dan pergerakan yang ditetapkan(tertib).

Seburuk-buruk solat ialah solat yang diganti kerana tertinggal(terlepas waktu pun masih kena Qada lagi,WAJIB !)

Wallahua’lam

Tujuh Keajaiban Dunia

Ogos 20, 2007

Mudah-mudahan fikiran kita tidak terus-menerus dipengaruhi pemikiran materialistik dan kapitalistik..

TUJUH KEAJAIBAN DUNIA…

Sekelompok siswa kelas geografi sedang
mempelajari tujuh keajaiban dunia.
Pada awal pelajaran, mereka diminta
untuk membuat daftar apa yang mereka
pikir merupakan tujuh keajaiban
dunia saat ini walaupun ada beberapa
ketidak sesuaian. Sebagian daftar
berisi :

Piramid
Taj Mahal
Tembok Besar Cina
Menara Pisa
Kuil Angkor
Menara Eiffel
Kuil Parthenor

Ketika mengumpulkan daftar pilihan,
sang guru memperhatikan seorang
pelajar, seorang gadis yang pendiam,
yang belum mengumpulkan kertas
kerjanya. Jadi, sang guru bertanya
kepadanya apakah dia mempunyai
kesulitan dengan daftarnya.

Gadis pendiam itu menjawab,
ya, sedikit, saya tidak bisa memilih
karena sangat banyaknya. Sang guru
berkata, Baik katakan pada kami apa
yang kamu miliki, dan mungkin kami
bisa membantu memilihnya.

Gadis itu ragu sejenak, kemudian
membaca, saya pikir, tujuh keajaiban
dunia adalah,

1. Bisa melihat
2. Bisa mendengar
3. Bisa menyentuh
4. Bisa Menyayangi

Dia ragu lagi sebentar, dan kemudian
melanjutkan,

5. Bisa Merasakan
6. Bisa Tertawa
7. Dan, Bisa Mencintai

Ruang kelas tersebut sunyi seketika.
Alangkah mudahnya bagi kita untuk
melihat pada eksploitasi manusia dan
menyebutnya Keajaiban. Sementara
kita lihat lagi semua yang Tuhan
karuniakan untuk kita, kita
menyebutnya sebagai Biasa. Semoga
anda hari ini diingatkan tentang
segala hal yang betul-betul ajaib
dalam kehidupan anda.

Sumber : Forum Diskusi tetangga

Wallahua’lam