Di sebuah gunung yg sentiasa diselimuti salji yg terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri ‘berharga’ yang berusia lebih 5000 tahun Peninggalan sejarah yg maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar. pihak2 CIA telah menggunakan satelite dan pesawat ‘Stealth’ utk mengambil gambar objek yg terdampar di puncak gunung itu. Gambar2 itu telah menjadi ‘rahsia besar’ dan disimpan rapi dgn kawalan yg ketat bersama dgn ‘rahsia2’ penting yg lain di Pentagon. Sudah beratus2 org cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yg bermaksud ‘Gunung Kesengsaraan’atau dgn nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa2 kerat saja yg berjaya.Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban. Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki shj yg berjaya sampai ke puncak Mt.Ararat dan dapat menyaksikan dgn mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yg ‘mahaberharga’ itu.Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar.

Apa yg masih menjadi tanda tanya,kesemua orang2 yg berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai2 bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dgn penuh misteri.Hanya semata2 kerana gambar tersebut. Memang ramai org yg telah mengambil gambar kesan sejarah ‘Noah’ itu telah mati misteri. Soalnya sekarang, mengapakah ‘kuasa2 besar’ mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat2 rahsia tentera ?. Mengapa mereka tak mau mengesahkan bahawa peninggalan ‘Noah’ benar2 ada di puncak Mt .Ararat itu ? Pada masa yg sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark ! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai,kerana selama itu orang menafikannya. Samalah The Great Noah Ark tu pun.Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 thn itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa utk dibongkar.

Sebenarnya, zaman Nabi Noah AS dulu tidaklah seprimitif yg kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu they all dah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka dah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yg digunakan utk menyadurkan logam. Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer.Noah AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada didunia sekarang. Mengikut para pendaki yg pernah melihat “Noah Ark” di puncak Mt.Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yg cukup hebat. “Noah Ark” itu diperbuat drp spesis kayu purba yg memang sudah tidak ujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk ‘kotak kasut’, tidak cantik, tapi sangat berfungsi. Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit.

Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dgn jari yg digunakan oleh orang2 zaman dahulu. Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang “Noah Ark” ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi. Ada juga Para Pengkaji berpendapat,”Noah Ark” berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak ketapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak utk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan. Hari nih terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini.Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung,6300 jenis reptilia,2500 jenis amfibia yg menaiki The Great Noah Ark itu.Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan. Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat: Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Nuh.

Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu’jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168) Gambar : Angaran saiz Bahtera Nabi Nuh AS dgn sebuah rumah. The Great Noah Ark ini berada di Mt.Ararat, dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar ? Mengikut seorang pengkaji ‘Noah Ark’ ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat Mt.Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yg unik. Antara salah satu keunikan yg terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu. Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yg mempunyai kemuncak yg luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yg tertinggi sekali di Turkey.

Gunung ini tegak sendirian dgn kemuncak dipanggil Ararat Besar dgn ketinggian 16,984 kaki.Bersententangan dgn sebuah lagi kemuncak gunung yg dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang yg menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu “Russia,Iran,Turkey”. Kedudukan Mt.Ararat yg sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu. Kalau korang tengok CNN hari nih pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak2 Guerilla Qurdish yg mahukan kemerdekaan dari kr’jaan Turkey. Keluasan dasar [bawah] Mt.Ararat itu kira2 25 batu garis pusat.Garispusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan2 air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora. Gambar : Sebahagian Bahtera Nabi Nuh AS dilitupi salji. Sebuah ‘anchor’ purba yg besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yg digunakan oleh ‘Noah Ark’ semasa berlabuh di puncak Mt.Ararat. Sebuah ‘batu nisan’ yg didakwa kepunyaan nabi Noah AS telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang. Pada tahun 1917,Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 org pakar pelbagai bidang yg terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great Noah Ark tersebut.

Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan utk sampai ke puncak Mt.Ararat itu.Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui ‘Noah Ark’ tersebut. Dalam keadaan tergaman,kagum mereka mengambil gambar sebanyak yg mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur size ‘Noah Ark’ dan didapati ‘Noah Ark’ itu berukuran 500 kaki panjang,83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji] Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala ‘laporan siasatan’ itu masih disimpan atau dimusnahkan.

Advertisements

Di ambil dari :

 http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=11

Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Dalam Kaabah


[Nota: Diakhir tulisan ini anda boleh muat turun Rakaman Audio Kisah Pengalaman Masuk Dalam Kaabah oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din]


pengalamanmasukkaabah1.jpg

Bahagian Pertama (Kuliah Subuh di Mekah pada 18 April 2005)
Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.
Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.
Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.
Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.
Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.
Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)
Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”
Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.
Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.
Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.
Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.

dalamkaabah.jpg

 

dalamkaabah2.jpg

 

Bahagian Kedua (Kuliah Pengubatan pada 12-Feb-2007)
Saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.
Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.
Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”
Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?”. Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah.” Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka”. Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata “Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain.” Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.”
Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.
Untuk mendengar sendiri terus dari mulut Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din sila muat turun audio rakaman dibawah ini
1. (Audio MP3: 4.8MB)
2. (Audio RealMedia: 2.5MB)

 3376472369.jpg

Lirik lagu Negaraku gubahan namewee(wee meng chee) (semoga laknat Allah atasnya)

insidepix1.jpg
Anda boleh tengok video ini di : http://youtube.com/watch?v=gyiBvJtJ5Z4

“Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah,Engkau turunkanlah azab kepada wee meng chee(namewee) semasa di dunia lagi agar menjadi pengajaran buat orang lain.

Amin”.

“Semoga laknat Allah tetap padanya(wee meng chee) sehingga Hari Qiamat”.

Laman Blog : Malaysia Sucks

NegarakuNegarakukuNegaraku
NegarakukuNegarakuNegarakuku

我爱我的国家 有国才有家
Aku cinta Negara aku ada Negara baru ada keluarga
有家才有我 站在这边跟你
Ada keluarga baru ada aku berdiri disini
大声唱歌 你麦惊
Nyanyi dengan engkau engkau jangan takut
虽然我每次骂粗话
Walaupun aku selalu cakap kasar
我的歌 就像榴莲一样
Lagu aku sama macam durian
硬硬尖尖 只是
Keras dan tajam tetapi
看你敢不敢打开 看看里面的真相
Tengok engkau berani buka ke tidak tengok apa yang ada di dalam
它可以很臭 也可以很香
Dia boleh dikatakan busuk dia juga boleh dikatakan wangi
只是看你又怎样的鼻抗
cuma tengok engkau ada macam mana punya hidung

我们的警察 叫做MATA
Polis kita panggil ‘mata’ (dlm bhs hokkien)
因为他们的眼睛很亮
Ini kerana mata mereka sangat tajam
新年一到 他们就很努力
Apabila raya mereka akan jadi rajin
拿住笔可是很会少跟你开单
Pen di tangan tetapi jarang bagi saman
因为他们口很渴 需要喝茶
Ini keran mereka dahaga mereka mahu minum teh
还有KOPI O 要不要加糖
Ataupun kopi O nak tambah gula ke tidak
如果加糖 他嘴巴会甜甜跟你微笑
Kalau tambah gula mulut mereka akan senyum dengan engkau
你要离开的时候
Apabila engkau nak pergi
他还会跟你TATA
Dia akan ucap TATA (maksudnye bye)

NegarakuTanah tumpahnya darahkuRakyat hidupBersatu dan maju

这种现象 不需要改善
Gejala ini tidak perlu memperbaikikan
也不用加强 警民合作
Juga tidak perlu memperkuatkan , kerjasama antara pihak polis dan rakyat
一杯咖啡感情不会淡
Secawan kopi hubungan boleh kekal
我西北suka
Aku memang suka
至少不会回家收到三万
Sekurang-kurangnya balik rumah tidak akan dapat saman
我爸爸一定赌懒
Ayah mesti geram
我一定欠干 没有车给我驾
Aku mesti kena marah tidak ada kereta untuk aku
怎么办 这次西北够力
Macam mana kali ini memang teruk
没有车 我要怎样出去玩
Tak de kereta macam mana aku nak keluar main
没有车 我要怎样打野战
Tak de kereta macam mana aku nak XXX(seks)
没有车 我要怎样看阿瓜
Tak de kereta macam mana aku nak tengok ah kua(bapuk @pondan)
这个国家 我很喜欢
Negara ini aku memang suka
早上五点pukul 5 pagi
还有morning call会叫我起床
Ada morning call akan suruh aku bangun(dia maksudkan azan Subuh)(Semoga laknat Allah atasnya)
有时几间一起唱
Kadang-kadang beberapa ‘buah’ nyanyi sama-sama
听起来好像情歌对唱
macam tengah duet lagu cinta
声音坳来坳去像唱R&B一样
Suara tinggi rendah macam tengah nyanyi R&B
虽然他们有时唱到走声
Walaupun kadang kala sebahagian daripada mereka out of tune(semoga laknat Allah tetap padanya)
虽然他们有时还会唱到破声
Walaupun kadang kala sebahagian daripada mereka pecah suara(semoga laknat/kutukan Allah tetap padanya)
有些声音像公鸡 可是比公鸡早起床
Ada juga suara yang macam kokokan ayam tetapi dia bangun lagi awal dari ayam(semoga diturunkan azab buatnya didunia sebagai pengajaran buat orang lain)
这样我们才会知道准备上课上班
Macam ini baru kite tahu mase untuk bersiap ke sekolah dan kerja

不要怪 政府只会照顾土族
Jangan salahkan kerajaan hanya akan jaga rakyat tertentu
不要怪 我们没有受到公平照顾
Jangan salahkan kami tidak dapat jagaan yang adil
这样才能证明我们华人不怕吃苦
Macam ini baru boleh menunjukkan yang orang cina tidak takut menderita
这样才能训练我们逆境寻找出路
Macam ini baru boleh melatih kita mencari jalan keluar apabila menghadapi kesusahan
不要邹德他们的标准 很奇怪
Jangan mengatakan standard ini sangat pelik
因为这样反而表现我们 很厉害
Kerana dengan ini baru menunjukkan kami sangat teror
没有被宠坏的小孩 才不会依赖
Anak-anak yang tidak dimanja baru akan menjadi tabah
不然你看有人到现在 还没有断奶
ada orang sampai sekarang masih belum berhenti minum susu

Rahmat bahagiaTuhan kurniakanRaja kitaSelamat bertakhtaRahmat bahagiaTuhan kurniakanRaja kitaSelamat bertakhta

躲在政府部门里面的人更厉害
Pekerja dalam kerajaan lagi teror
他们做什么事情都可以慢慢来
Apa yang mereka buat boleh slow slow
就算排队的人等到要骂 臭lelai
Walaupun orang yang beratur marah
他们心情还是一样自由自在
Mood mereka tetap rase bebas dan seronok
有时kuih都拿出来
Kadang-kalag kuih pun mereka ambil keluar
他吃他的娘惹kuih
Dia makan nyonya kuih dia
你的队继续排
Dan engkau sambung beratur
就算你真的骂臭lelai也不要紧
Walaupun engkau nak marah pun tak pe
因为旁边的guard他在做梦
Kerana guard kat tepi pun tengah bermimpi
他不会鸟你的啦
Dia takkan layan engkau
他们把头包起来 慢慢走慢慢过马路
Mereka yang memakai tudung perlahan-lahan melintas jalan
你驾车经过还要小小让路
Engkau yang memandu kenalah berhati-hati
最终要活得开心 最重要活得舒服
Asalkan hidup dengan gembira asalkan hidup dengan selesa
不要学华人一样
Jangan macam orang cina
整天忙忙碌碌 西北辛苦
Tiap-tiap hari sibuk sangat susah
这个精神我们真的不能不佩服
Semangat ini mesti kita kena kagumi
因为这个就是他们生活的态度
Kerana ini adalah sikap hidup mereka
–态度 态度–
Sikap sikap

这首歌我都在讲好话
Aku bercakap baik-baik dalam lagu ini
相信你们赌懒我的人现在一定很喜欢
Aku percaya orang yang tak suka dengan aku mesti sangat suka
世界很和平 很有希望
Dunia aman baru ada harapan
没有人受伤 也没有很乱
Tidak ada orang cedera dan tidak tak tersusun
你很高贵 你很高雅
Engkau suci engkau sopan
大便很香 不会骂粗话
Najis wangi tak tahu cakap kasar
你们最high class 每天耍浪漫
Engkau sangat high class tiap-tiap hari main romantic
听光良品冠
Dengar guang liang pin kuan (penyanyi malaysia)
可是人家都已经跑去了台湾
Tetapi mereka sudah pergi taiwan
独中生毕业了
Pelajar Sekolah Cina
要进local大学西北难
Nak masuk local U sangat susah
其实这件事情我们更不需要赌懒
Dalam kes ini, kita tidak patut geram
这个其实是政府的一个伟大的计划
Ini cuma satu rancangan yang mulia dari kerajaan
他要我们到处跑 出国自己找希望
Dia nak kami pergi merata-rata tempat pergi oversea mencari impian
然后学习东西回来报答国家
Lepas itu balik negara membalas jasa
这个计划真的是 好到没有话讲
Rancangan ini memang bagus memang bagus
世界各地都会看到malaysia的囝仔
Di seluruh dunia mesti nampak malaysia punya rakyat
好像逃难一样 西北爽
Macam melarikan dari bencana memang best
2007 马来西亚搞观光
2007 ialah tahun pelancongan malaysia
华人文化统统拿出来宣传
Budaya cina semua mengambil keluar untuk publisiti
独中生政府根本不相管
Pelajar sekolah cina Memang tak dilayan oleh kerajaan
文凭丢去longkang 像我一样
Sijil boleh buang ke longkang macam saya
中华毕业去了台湾
Lepas tamat persekolahan terus pergi Taiwan
学了东西 准备回去报答国家
Belajar di sana bersedia balik negara untuk membalas jasa
我站在台北路边拿住guitar
Aku berdiri di tepi Taipei memain guitar
可是我的嘴巴 还是一样唱
Tetapi Mulut aku tetap menyanyi

Rahmat bahagiaTuhan kurniakanRaja kitaSelamat bertakhta

Wallhua’lam

Konsep negara Islam

Ogos 20, 2007

Oleh Mohd Rumaizuddin Ghazali, Exco Dakwah ABIM

s.jpg

Sayyid Qutb dalam Fi Zilal al-Quran (Dibawah Naungan al-Quran)ketika membicarakan persoalan ini dengan berkata bahawa negara Islam meliputi negara yang menjalankan undang-undang Islam serta berhukum dengan syariat Islam sama ada penduduknya semua muslim atau muslim dengan ahli zimmah. Al-Kasani menyebutkan negara Islam itu ialah negara yang menjalankan undang-undang Islam. Beliau mengatakan bahawa tiada berselisih dikalangan para sahabat kami bahawa negara harb akan menjadi negara Islam apabila ia menjalankan undang-undang Islam.

Pendapat Ibn Qaiyim.Bahawa kebanyakan ulamak menyatakan bahawa Negara Islam ialah negara yang diduduki oleh kaum muslimin dan menjalankan undang-undang Islam, jika tidak menjalankan undang-undang Islam maka bukanlah ia negara Islam. Fuqaha telah bersepakat menyatakan negara Islam itu mestilah wujud kekuasaan politik pemerintahan ditangan orang Islam. Tidak mungkin orang bukan Islam hendak menjalankan undang-undang Islam walaupun ia membenarkan syiar Islam dijalankan.Pendapat Mawdudi.Mentakrifkan negara Islam ialah negara yang kuasa mutlaknya pada Allah SWT yang menentukan syariat, dan syariat itu dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia sebuah negara yang bercorak theodemocracy yang tergabung di dalamnya autoriti mutlak pada Allah dan penyerahan autoriti yang terbatas kepada manusia dalam perlaksanaan urusan negara yang diakui oleh syarak.

i1.jpg

Beliau juga menghuraikan prinsip-prinsip pemerintahan Islam seperti berikut:

1. Puncak segala kekuasaan adalah Allah yang Maha Berkuasa. Tidak seorang atau golongan pun di dalam sesuatu negara yang mengatasi undang-undang yang digubal.

2. Allah adalah pemberi hukum dalam erti kata yang sebenar. Padanya terletak kekuasaan mutlak mengadakan undang-undang.

3. Pembentukan negara Islam mestilah diasaskan kepada undang-undang ciptaan Allah yang disampaikan oleh Allah melalui rasul-Nya. Justeru itu, Pemerintahan Islam wajib melaksanakan undang-undang Islam.

Maksud negara Islam menurut al-Mawdudi ialah negara yang dibentuk dengan berasaskan al-Quran dan al-Sunnah yang disampaikan oleh Allah melalui Rasulullah s.a.w. Kedua-dua sumber itu tadi berfungsi sebagai pembimbing negara yang dapat memberikan keadilan kepada rakyat.

b.jpg

Pandangan (Imam) Abu Hanifah bahawa negara bukan Islam ialah ada tiga syarat iaitu:

1. Hukum bukan Islam dilaksanakan di negeri tersebut.

2. Negeri itu tidak ada perhubungan langsung dengan orang Islam. Malah dari segi geografinya terhalang daripada negara Islam. Kalau kawasan bukan Islam itu ada hubungan dan dikelilingi oleh kawasan Islam ia bukannya dar al-Harb.

3. Tidak ada di sana seorang Islam pun atau zimmi yang boleh hidup dalam keamanan sebagaimana keamanan Muslim awal dan pengikut-pengikutnya.

m2.jpg

Kewajipan Warganegara Negara Islam

Setiap warganegara Islam sama ada Muslim atau nonMuslim wajib mempertahankan negara dan ancaman luar dan serangan musuh. Ia juga harus memberi kerjasama kepada pemerintah dalam membangunkan negara dalam segala dimensi sama ada dari segi pendidikan, industri, pentadbiran dan sebagainya.

Menurut al-Kasani bahawa apabila musuh menyerang negara Islam adalah menjadi fardhu. ain untuk mempertahankannya dan harus bagi kanak-kanak berjihad tanpa izin ibu bapa dan harus isteri keluar tanpa izin suami kerana dalam perkara fardhu ain tidak harus meminta izin dari mereka seperti solat, puasa dan lain-lain.

 k.jpg

Pembahagian Negara Islam Dari Segi Hukum

Fuqaha membahagikan negara Islam kepada dua kategori:

1. Negara Islam secara hukum dan hakikat iaitu negara yang melaksanakan hukum Islam dan kekuasaan milik orang Islam.

2. Negara Islam secara hukum dan bukan hakikat iaitu negara yang tidak menjalankan keseluruhan undang-undang Islam tetapi kekuasaan adalah milik orang Islam. Ia diisytiharkan negara Islam dari segi hukum sahaja.

Sesetengah ulamak menamakan Darul Fasiq apabila penduduk negara Islam melakukan kemaksiatan dan tidak menjalankan undang-undang Islam seperti pendapat Ibn Taimiyah dan golongan Zaidiah.

Wallahua’lam