warkah jodoh…

April 25, 2010

Baru-baru ini, ana menerima mesej dari seorang sahabat lama ana, dia mengadu kepada ana tentang keadaan dirinya yang masih ‘single’… Erm, pada mulanya agak sukar ana hendak me’reply’ mesej tersebut, yelah, ana sendiri pun belum bertemu dengan jodoh ana… Walaubagaimanapun, ana reply juga la mesej sahabat ana tu… apa yang boleh ana tolong hanyalah dengan memberinya beberapa doa yang ana amalkan… dibawah ni adalah isi mesej tersebut, saja nak share, semoga berguna untuk kita semua…

Sekadar renungan buat sahabatku yang jauh,

“Jangan mengucapkan kata-kata indah dan manis kepadaku kerana aku takut akan menyayangimu…
Jangan mengambil berat tentang diriku kerana aku bimbang akan mengasihimu…
Jangan terlalu baik padaku kerana aku takut akan merinduimu…
Jangan memberikan aku kenangan dan harapan kerana aku khuatir akan jatuh cinta padamu…
Jangan menghargai pertemuan ini kerana aku tidak mahu menderita kehilanganmu lantaran perpisahan ini…”

Assalamu’alaikum W.B.T.

XX, di bawah ni ada doa dan munajat yang baik untuk memohon dipertemukan jodoh. Kalau ada masa, amalkan doa-doa dan munajat-munajat di bawah ni, semoga XX segera bertemu jodoh yg baik

Insya Allah…

Sebelum bertemu jodoh, bacalah

Bismillahirrahmanirrahim,

“Wahai Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri.” Doa nabi Zakariya Surah Al-Anbiya, ayat 89

Kemudian, baca pula

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, Ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

Ya Allah, aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisi-Mu Ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat Ya Allah, maka aku memohon kepadaMu Ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisi-Mu Ya Allah. Setiap yang terbaik di sisi-Mu Ya Allah, pasti terbaik buat diriku Ya Allah.

NamunYa Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba Ya Allah, maka Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku Ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutan-Mu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku Ya Allah. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Memakbulkan Doa, Tuhan Yang Maha Penentu Jodoh, jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manfaat, jauhilah aku daripda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku Ya Allah.”

Lepas tu, dengan hati yang penuh rasa harap dan tawaddu’, bermunajatlah dengan munajat di bawah ni pula

“Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,  agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.”

Lepas tu, baca pula doa

“Ya Allah, Engkau berikanlah hamba-Mu ini seorang suami/isteri yang soleh/solehah sepertimana telah Engkau jodohkan Kekasih-Mu Nabi Muhammad S.A.W. dengan Siti Khadijah dan ‘Aisyah, Ali dengan Fathimah, Ibrahim dengan Sarah dan Hajar, Adam dengan Hawa dan Yusuf dengan Zulaikha.”

Diikuti pula dengan bacaan doa

“Ya Allah, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Penyayang, cukuplah Engkau saja Ya Allah, yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Janganlah Engkau biarkan hamba-Mu ini sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu akan menjuruskan hamba-Mu yang lemah ini ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, berikanlah hamba-Mu ini seorang pasangan yang beriman, supaya hamba-Mu ini dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan berikanlah pada hamba-Mu yang hina ini keturunan yang soleh dan solehah lagi mulia. Perkenanlah wahai Tuhan yang Maha Pemurah, makbulkanlah wahai Tuhan yang Maha Pengasih, kabulkanlah wahai Tuhan yang Maha Penyayang.”

Amalkanlah doa dan munajat di atas, insya Allah, Saadah akan bertemu dengan seseorang yang akan membahagiakan Saadah di dunia dan Akhirat, insya Allah.

Apabila sudah bertemu, berkenan atau bercinta dengan seseorang, amalkan pula membaca doa

“Ya Allah, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, Maha Melindungi, Maha Benar, seandainya telah Engkau catatkan (sebut nama pasangan) akan menjadi teman hidupku, satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan diantara kami agar kemesraan itu abadi. Dan Ya Allah, Ya Tuhanku Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penyayang dan Yang Maha Pengasih., seiringkanlah kami melayari hidup ini ke tepian yang sejahtera dan abadi.

Tetapi, Ya Allah, seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah ia jauh dari pandanganku. Luputkanlah ia dari ingatanku. Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku dan peliharalah aku dari kekecewaan.

Ya Allah, Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti, berikanlah hamba-Mu ini kekuatan untuk melontar jauh bayangannya agar hambaMu ini bisa berbahagia walau tanpa dia.

Dan Ya Allah yang Tercinta, gantikanlah yang telah hilang dariku dengan yang lebih baik, Ya Allah Ya Tuhanku, pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu. Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buat hamba-Mu ini kerana sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini.”

Semoga XX bertemu jodoh yang diredhai oleh Allah S.W.T.

Amin, Ya Rabbal ‘Alamin.

Ikhlas dan salam rindu daripada sahabatmu yang jauh;

‘Utsman bin ‘Abdul

Salam

Advertisements

Bukan mudah hendak mengubah persepsi kita tentang bercinta. Sekian lama kita membentuk satu tanggapan dalam fikiran bahawa cinta adalah pra-syarat perkahwinan. Bahawa perkahwinan itu mesti didahului oleh hubungan cinta. Ada “dating”, hubungan telefon dan lain-lain.Bila dikatakan ada keindahan cinta selepas perkahwinan, kita menganggap janggal kerana ia berbeza dari persepsi kita tentang cinta. Oleh itu bermacam-macam persoalan timbul. Bolehkah bahagia bila berkahwin tidak didahului hubungan cinta? Bolehkah serasi? Dan bermacam persoalan lagi.

Mungkin kerana itulah agaknya ramai yang menganggap kehangatan cinta akan mendingin selepas berkahwin lalu mereka ingin menikmati kehangatan itu sepuas-puasnya sebelum perkahwinan. Dan ada yang mengambil masa yang cukup panjang untuk bercinta sebelum perkahwinan, kononnya mencari keserasian agar cinta terus berkekalan setelah perkahwinan.

 248008298l.jpg

Cinta Sebelum Perkahwinan

Bercinta sebelum kahwin mempunyai berbagai risiko yang bukan sekadar zina mata dan hati malah zina yang lebih besar yang boleh mengganggu jiwa sebab cinta sebelum kahwin ini adalah bersalut nafsu dan syaitan. Dalam keadaan sebegini bagaimana mungkin kita memiliki khusyuk di dalam sembahyang kalau diri diselaputi iblis dan syaitan? Apabila hati kita diisi oleh cinta manusia dan nafsu, tiada tempat untuk cinta Allah.

Oleh yang demikian Islam amat menekankan kawalan terhadap hati agar tidak mudah terpesong meletakan neraca perasaan cinta kepada yang bukan hak melalui amalan seperti doa dan sebagainya.

Antara doa yang patut diamalkan : “Ya Allah,masukkanlah aku dalam kalangan hamba-hambaMu yang Engkau cintai, kurniakanlah aku cinta orang yang cinta kepadaMu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang hampir kepadaMu dan jadikan cintaku terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada cintaku yang lain”.

Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau menjadikan cinta kepada orang yang hampir dengan Allah. Jika seseorang itu cinta kepada manusia, ia mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.

Oleh itu jika kita sudah “fall in love”, pastikan apakah cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di dalam sembahyang dan bertambah ibadah. Tetapi kalau cinta itu semakin menambahkan maksiat, bermakna cinta itu didorong oleh nafsu.

Namun begitu adakala cinta itu datang tanpa dipinta. Atau dalam erti kata yang lain “cinta pandang pertama” yang sememangnya tidak diundang yang boleh menganggu minda dan imaginasi.

Dalam keadaan yang sedemikian kita amat digalakkan untuk mengamalkan doa tadi.Kedua,mengerjakan solat Istikharah dan berdoa : “Ya Allah, aku suka kepada (sebut nama orang yang kita suka),seandainya dia pilihan yang tepat untuk aku dunia dan akhirat, pertemukanlah jodoh kami.Jadikanlah dia isteri (suami) ku.Kalau tidak baik,Ya Allah,elakkanlah”.

“if you love someone” mintalah kepada Allah yang mencipta diri kita. Ini kerana orang yang kita cintai itu juga adalah makhluk Allah. Allah berhak untuk menjadikan makhlukNya suka atau tidak. Silap kebanyakkan kita sekarang ini, terus direct kepada empunya diri.

Persoalan yang penting sekarang ialah apakah yang diperolehi oleh mereka yang bercinta sebelum kahwin apabila mereka sudah saling mengetahui segala perkara mengenai diri masing-masing. Sudah tidak ada nikmat selepas kahwin. Apatah lagi kalau sudah terlanjur, kemudian kahwin pula dengan orang lain dan ternyata suami itu cinta kepadanya. Individu akan menyesal kerana ..she got nothing to offer.. kepada suami yang betul-betul mencintainya. Ini akan melahirkan perasaan dendam dan bersalah. Jadi eloklah dijagai perhubungan kita. 

 brunei

Cinta Selepas Perkahwinan

Bercinta selepas kahwin adalah merupakan sunnah Rasul. Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat tradisi perkahwinan Rasulullah s. a. w dan para sahabatnya yang serba indah. Tetapi cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai yang berkahwin atas pilihan ibubapa dan perkahwinan itu ternyata berjaya.

Para ibubapa ketika itu memilih calon menantu mereka berdasarkan panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad s. a. w melalui sabdanya : ” Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan”. (mafhum hadis)

Bukan itu sahaja, malah trend masyarakat ketika itu juga sangat memandang tinggi nilai akhlak dan budi. Jadi perkahwinan melalui orang perantaraan (match maker) yang dipercayai kesolehannya juga mudah dilaksanakan. Dan perkahwinan tanpa didahului cinta sudah menjadi perkara biasa pada ketika itu.

Namun ini tidaklah menafikan perkara-perkara yang boleh dan memang dibenarkan oleh syariat untuk dilakukan sebelum sesuatu perkahwinan dipersetujui. Misalnya, seseorang dibolehkan melihat calon isteri atau suami, menyelidiki maklumat tentang pekerjaan, peribadi dan lain- lain latar belakang calon. Ini semua dapat dibuat dengan adanya pengaturan orang tengah – sama ada terdiri daripada keluarga atau teman-teman yang rapat. Tegasnya tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan maklumat tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan.

Tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih panjang malah akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan. Marilah kita dekatkan semula keindahan cinta dengan mendekatkan diri kepada Pencipta cinta. Rumahtangga pasti berseri apabila suami isteri sama-sama cintakan Ilahi.

Allah tidak memandang kepada paras rupa,tetapi melihat kepada hati dan amalan… tidak ada beza seseorang di sisi Allah kecuali iman dan taqwa…

Wallahua’lam

tentang lelaki dan wanitaJangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan dariNya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,
kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah,Dzat Yang Maha Kekal.
Di situlah punca kekuatan dunia.

wanita

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman…
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya…
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabb…
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan…
Ia bukan diskriminasi Allah…
sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah…

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya…
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan…
Tanpa iman,ilmu dan akhlak…mereka tidak akan lurus…
Bahkan akan semakin membengkok…
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya…

Bila wanita menjadi derhaka…
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara…
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata…
Tapi binalah kepimpinan…
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi,pimpinlah diri kepadaNya…
Jinakkan diri kepada Allah…
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu…

 lelaki

Janganlah mengharapkan isteri semulia Siti Fatimah Az-Zahra’;salah seorang wanita terbaik di dunia,puteri kesayangan Rasulullah S.A.W.,ratu di syurga kelak…
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina ‘Ali karamallahuwajhah;kanak-kanak pertama yang memeluk Islam,singa Allah S.W.T.,salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang dijamin syurga…

Wallahua’lam