Rahsia tarikh kelahiran

September 5, 2007

U

n

i

v

e

r

s

i

t

i

T

e

k

n

o

l

o

g

i

M

a

l

a

y

s

i

a


1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam &
konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia
cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir  tarikh ini
mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan
ramai  orang  yang tidak menyukainya. Namun begitu
dia tetap dikagumi  kerana  bersikap serius
terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal
percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk
memenuhi  segala keinginan pasangannya. Tapi
hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan  persahabatan
daripada percintaan dan lebih rela memutuskan
cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin
lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang
suka menyendiri  membuatkan dia lebih suka tinggal
di rumah. Ramai orang suka bergaul  denganya kerana
perwatakannya yang lembut & ramah.Dia paling benci
jika  cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang
yang benar-benar  dicintainya.Namun begitu dia selalu
bersikap sabar dan tidak terburu-buru  dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis  sering  mengalah sebelum mencuba.
Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang
khas bagi pasangan  yang lahir pada tarikh ini. Tapi
jangan cuba mempermain-mainkannya, dia  akan mengamuk
dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana
dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam  bergaul.Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 3, & 13

Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai,suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupa dan faktor penyebab  timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis,  bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi.Namun begitu dia  adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang
menguntungkan. Tapi  sayangnya dia suka menganggap
remeh pada orang lain. Dalam soal cinta,berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6. Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan
pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan
sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta
dia dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang
dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi  sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu  menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang.Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu  dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah  meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih  dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal.  Dia  memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir ataupun dalam  kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah  gugup  dan  selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang
penjimat.Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam
usaha  mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah   dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling  jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19

Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka
dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan
berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah  untuk  dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang
lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada  perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang  huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih  diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada
pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi olih kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian.

2 Respons to “Rahsia tarikh kelahiran”

  1. ainul mardiah.. Says:

    huishh..
    bnyk bangat yg btol..(^_^)

  2. nazaTul Says:

    saye lahir 9 ogos 1991


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: