lelaki

“Janganlah mengharapkan isteri semulia Siti Fatimah Az-Zahra’;salah seorang wanita terbaik di dunia,puteri kesayangan Rasulullah S.A.W.,ratu di syurga kelak.Seandainya dirimu tidak sehebat saidina ‘Ali karamallahuwajhah;kanak-kanak pertama yang memeluk Islam,singa Allah S.W.T.,salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang dijamin syurga…”

Ana ?

Ana dilahirkan pada hari Isnin, 29 Rabi’ul Awwal 1404 bersamaan dengan 02 Januari 1984 Masihi. Menurut umi ana, ana dilahirkan pada waktu pagi ketika hujan lebat. Menurut umi ana lagi, ana berada didalam kandungan agak lama berbanding insan lain, iaitu lebih kurang 11 bulan. Kasihan umi ana.

27508712101.jpg

Firman Allah :

“Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: Roh ciptaanNya. Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.

Surah As-Sajdah : Ayat 9

Hadis Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:

Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda:”Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya. Seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Neraka sehinggalah dia memasukinya. Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli Neraka, tetapi disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah dia memasukinya”.

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 4781

2248067498.jpg

Allah S.W.T. telah memberi ilham kepada umi dan abi ana untuk memberi nama ‘Utsman kepada ana. Alhamdulillah ana benar-benar suka pada nama tersebut kerana nama tersebut merupakan nama salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang dijamin Syurga, digelar Dzulnuur’ain (yang memiliki dua cahaya) kerana beliau bernikah dengan dua orang puteri Rasulullah S.A.W (Ruqayyah dan Ummu Kultsum), dan kerana beliau juga merupakan khalifah Islam yang ketiga.

Adapun tentang karya yang tedapat didalam blog ana ini, bukanlah hasil karya ana sepenuhnya kerana ana juga memasukkan artikel dan karya orang lain yang menarik minat ana.

Wallhua’lam

Salam ukhwah daripada ana;

2427336776.jpg

‘Utsman bin ‘Abdul.

11 Respons to “Tentang diri ana”


  1. Aslkm.

    Teringat ana zaman remaja…
    kawan-kawan yang belajar silat ada beritahu, kalau lama dalam kandungan maksudnya boleh masuk ilmu pahlawan lebih daripada orang lain… sekadar kongsi riwayat je… entah betul entah tidak🙂

    Semoga anta mengikut jejak langkah Saidina Uthman juga.

    Wassalam.

    ‘PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT;

    Bersama Dakwah Tajdid Segar!

  2. zahraannur Says:

    Assalamu’alaykumwbt…. syukran for the visit…

  3. utsman7 Says:

    Wa’alaikumsalam wbt ya Zahra…
    syukur kerna zahra sudi komen & visit blog ana…

  4. ajet66 Says:

    Semoga “sejuk” perut ibu yang mengandungkan anaknya yg bernama ‘Utsman.

  5. ninetailkid Says:

    Salam ziarah.. Semoga dirahmati Allah..

  6. hikmatun Says:

    Salam alaikum, salam ukhuwwah dan salam Ramadhan. Ana dah tag anta kat blog ana. Selamat belaker 🙂

  7. Sharil Says:

    Assalamualaikum dan salam perkenalan.
    =======================================================

    Apa khabar anda hari ini?
    Saya harap anda sihat sentiasa🙂

    Terlebih dahulu saya perkenalkan diri saya. Nama saya Sharil Azrul dari smartSUFI.com.

    smartSUFI ingin mengajak anda berkongsi idea, pendapat, pandangan, pengalaman atau ingin bertanyakan soalan. Di harap perkongsian maklumat yang diperolehi nanti dapat meningkatkan kualiti hidup kita di masa depan. Oleh itu, kunjungi smartsufi.com untuk menambahkan pengalaman dan perkongsian maklumat. smartSUFI.com amat mengalu-alukan sokongan daripada anda semua. Semoga Allah memberikan rahmat kepada kita. Insya-Allah

    “ Mencari Damai Abadi”

    Semoga berjumpa lagi.

    Sharil Azrul Bin Mohd Sohaimi
    TBP 2666 MK. TANAH LIAT,
    14000 BUKIT MERTAJAM,
    Pulau Pinang.
    Malaysia

  8. hisham Says:

    masyaallah,hebat,ana minat blog anta,tapi ana tak dapat nak download dr haron din ceramah kat mekah ketika dia masuk kaabah,sila emel kat saya

  9. nabilah Says:

    salam..
    alhamdulillah masih ada insan seperti ini di dunia ini.susah nak cari.ana duk kat usim ni,name aje u sains islm tp bi’ah nye,sush nk kate.doakan keimanan ana bertambah stiap kali dugaan melanda ya sheikh…

  10. abd rahman Says:

    saya tk dapat nk download ceramah tuan guru harun din dlm kaabah!!!minta tolong kirim ke email saya!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.