Mengenali diri dari bulan Islam
September 3, 2007
mengenali diri dari bulan Islam
Kalau korang semua tak tau korang lahir bulan apa dalam bulan Islam .. jgn risau korang semua boleh convertkan tarikh lahir masihi korang kepada tarikh bulan Islam ..korang just klik kat link bawah nie :-
..:namespace prefix = o ns = “urn:schemas-microsoft-com:office:office” />
http://www.islamicfinder.org/dateConversion.php?lang=english
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut
pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri
terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika
tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan
baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas
ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam
selamat.
Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu
mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak,
kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan
mendatangkan hasil.
Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi
orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang
suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan
mudah marah.
Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya
lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya.
Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh
kesukaran dalam mendidiknya.
Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad,
kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu,
keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui
kegagalan juga.
Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada
padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah
mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak
mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik
agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul
didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya
dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah
dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun
hidupnya selamat dan sentosa.
Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus.
Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan.
Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat
rezeki.
Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman
yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu
selamat.
Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh
orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah
mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika
tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia
selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi
buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan
mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak
berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya
bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang
memuaskan.
Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia
sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal
perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebalikknya. 0leh kerana
dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan
baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati
dan kurang pertimbangan.
Posted at 6/18/2005 1:10:27 am by mfg87
Comments (4) Permalink
Sajak Iman
September 3, 2007
IMAN DAN KEHIDUPANHadirmu menimbulkan getaran
pada perasaan,
menanam kemahuan,
membangkitkan keyakinan dan keberanian,
sebagai seorang pejuang,
Engkau adalah rahsia kekuatan dan kemuliaan,
Akan kujadikan asas pembinaan kehidupan,
dan keperibadian,
menjadi benteng pertahanan,
dan tali pergantungan.
Hadirmu melenyapkan kebimbangan,
melapangkan kesempitan,
denganmu fikiran menjadi lapang,
dan hati menjadi tenang.
Engkau adalah sumber kebahagiaan,
ketenangan,
kepuasan,
keamanan,
dan kebaikan kehidupan.
Engkau hadir membongkar rahsia alam,
menghilangkan keraguan,
menjelaskan tujuan,
menerangi jalan,
menyuluh rahsia kehidupan dan kematian.
Hadirmu menghilangkan kesulitan,
membangkitkan harapan,
melapangkan perasaan,
menimbulkan semangat bekerja dan berkorban.
Engkau menanam kemerdekaan pada diri,
meyakini perlindungan dan pertolongan Ilahi,
melenyapkan perasaan rendah diri,
menimbulkan rasa harga diri,
membuang rasa benci diri sendiri.
Engkau mengisi kekosongan jiwa,
memberi kekuatan kepadanya,
rasa Tuhan sentiasa bersama,
Engkaulah air, makanan, udara dan cahaya
kepada jiwa dan hati manusia.
menghilangkan rasa kecewa
dan putus asa.
Kau adalah senjataku
yang paling mampu,
melawan pengaruh nafsu,
membuang penyesalan terhadap masa lalu.
Hadirmu membangkit daya gerak,
bangunku bersemangat,
menimbulkan rasa tanggungjawab,
sentiasa menghargai nikmat,
bersama-sama kawalan malaikat
Kehadiranmu mengusir keluh kesah,
menyuburkan fitrah,
menjadikan hatiku sentiasa basah,
dengan fikir dan zikrullah.
Terima kasih ku ucapkan
kepadamu IMAN….


