Konsep negara Islam

Ogos 20, 2007

Oleh Mohd Rumaizuddin Ghazali, Exco Dakwah ABIM

s.jpg

Sayyid Qutb dalam Fi Zilal al-Quran (Dibawah Naungan al-Quran)ketika membicarakan persoalan ini dengan berkata bahawa negara Islam meliputi negara yang menjalankan undang-undang Islam serta berhukum dengan syariat Islam sama ada penduduknya semua muslim atau muslim dengan ahli zimmah. Al-Kasani menyebutkan negara Islam itu ialah negara yang menjalankan undang-undang Islam. Beliau mengatakan bahawa tiada berselisih dikalangan para sahabat kami bahawa negara harb akan menjadi negara Islam apabila ia menjalankan undang-undang Islam.

Pendapat Ibn Qaiyim.Bahawa kebanyakan ulamak menyatakan bahawa Negara Islam ialah negara yang diduduki oleh kaum muslimin dan menjalankan undang-undang Islam, jika tidak menjalankan undang-undang Islam maka bukanlah ia negara Islam. Fuqaha telah bersepakat menyatakan negara Islam itu mestilah wujud kekuasaan politik pemerintahan ditangan orang Islam. Tidak mungkin orang bukan Islam hendak menjalankan undang-undang Islam walaupun ia membenarkan syiar Islam dijalankan.Pendapat Mawdudi.Mentakrifkan negara Islam ialah negara yang kuasa mutlaknya pada Allah SWT yang menentukan syariat, dan syariat itu dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia sebuah negara yang bercorak theodemocracy yang tergabung di dalamnya autoriti mutlak pada Allah dan penyerahan autoriti yang terbatas kepada manusia dalam perlaksanaan urusan negara yang diakui oleh syarak.

i1.jpg

Beliau juga menghuraikan prinsip-prinsip pemerintahan Islam seperti berikut:

1. Puncak segala kekuasaan adalah Allah yang Maha Berkuasa. Tidak seorang atau golongan pun di dalam sesuatu negara yang mengatasi undang-undang yang digubal.

2. Allah adalah pemberi hukum dalam erti kata yang sebenar. Padanya terletak kekuasaan mutlak mengadakan undang-undang.

3. Pembentukan negara Islam mestilah diasaskan kepada undang-undang ciptaan Allah yang disampaikan oleh Allah melalui rasul-Nya. Justeru itu, Pemerintahan Islam wajib melaksanakan undang-undang Islam.

Maksud negara Islam menurut al-Mawdudi ialah negara yang dibentuk dengan berasaskan al-Quran dan al-Sunnah yang disampaikan oleh Allah melalui Rasulullah s.a.w. Kedua-dua sumber itu tadi berfungsi sebagai pembimbing negara yang dapat memberikan keadilan kepada rakyat.

b.jpg

Pandangan (Imam) Abu Hanifah bahawa negara bukan Islam ialah ada tiga syarat iaitu:

1. Hukum bukan Islam dilaksanakan di negeri tersebut.

2. Negeri itu tidak ada perhubungan langsung dengan orang Islam. Malah dari segi geografinya terhalang daripada negara Islam. Kalau kawasan bukan Islam itu ada hubungan dan dikelilingi oleh kawasan Islam ia bukannya dar al-Harb.

3. Tidak ada di sana seorang Islam pun atau zimmi yang boleh hidup dalam keamanan sebagaimana keamanan Muslim awal dan pengikut-pengikutnya.

m2.jpg

Kewajipan Warganegara Negara Islam

Setiap warganegara Islam sama ada Muslim atau nonMuslim wajib mempertahankan negara dan ancaman luar dan serangan musuh. Ia juga harus memberi kerjasama kepada pemerintah dalam membangunkan negara dalam segala dimensi sama ada dari segi pendidikan, industri, pentadbiran dan sebagainya.

Menurut al-Kasani bahawa apabila musuh menyerang negara Islam adalah menjadi fardhu. ain untuk mempertahankannya dan harus bagi kanak-kanak berjihad tanpa izin ibu bapa dan harus isteri keluar tanpa izin suami kerana dalam perkara fardhu ain tidak harus meminta izin dari mereka seperti solat, puasa dan lain-lain.

 k.jpg

Pembahagian Negara Islam Dari Segi Hukum

Fuqaha membahagikan negara Islam kepada dua kategori:

1. Negara Islam secara hukum dan hakikat iaitu negara yang melaksanakan hukum Islam dan kekuasaan milik orang Islam.

2. Negara Islam secara hukum dan bukan hakikat iaitu negara yang tidak menjalankan keseluruhan undang-undang Islam tetapi kekuasaan adalah milik orang Islam. Ia diisytiharkan negara Islam dari segi hukum sahaja.

Sesetengah ulamak menamakan Darul Fasiq apabila penduduk negara Islam melakukan kemaksiatan dan tidak menjalankan undang-undang Islam seperti pendapat Ibn Taimiyah dan golongan Zaidiah.

Wallahua’lam

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: