
“Janganlah mengharapkan isteri semulia Siti Fatimah Az-Zahra’;salah seorang wanita terbaik di dunia,puteri kesayangan Rasulullah S.A.W.,ratu di syurga kelak.Seandainya dirimu tidak sehebat saidina ‘Ali karamallahuwajhah;kanak-kanak pertama yang memeluk Islam,singa Allah S.W.T.,salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang dijamin syurga…”
Ana ?
Ana dilahirkan pada hari Isnin, 04 Jamadil Akhir 1410 bersamaan dengan 01 Januari 1990 Masihi. Menurut umi ana, ana dilahirkan pada waktu pagi ketika hujan lebat. Menurut umi ana lagi, ana berada didalam kandungan agak lama berbanding insan lain, iaitu lebih kurang 11 bulan. Kasihan umi ana.

Firman Allah :
“Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: Roh ciptaanNya. Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
Surah As-Sajdah : Ayat 9
Hadis Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda:”Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya. Seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Neraka sehinggalah dia memasukinya. Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli Neraka, tetapi disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah dia memasukinya”.
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 4781
![]()
Allah S.W.T. telah memberi ilham kepada umi dan abi ana untuk memberi nama ‘Utsman kepada ana. Alhamdulillah ana benar-benar suka pada nama tersebut kerana nama tersebut merupakan nama salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang dijamin Syurga, digelar Dzulnuur’ain (yang memiliki dua cahaya) kerana beliau bernikah dengan dua orang puteri Rasulullah S.A.W (Ruqayyah dan Ummu Kultsum), dan kerana beliau juga merupakan khalifah Islam yang ketiga.
Adapun tentang karya yang tedapat didalam blog ana ini, bukanlah hasil karya ana sepenuhnya kerana ana juga memasukkan artikel dan karya orang lain yang menarik minat ana.
Wallhua’lam
Salam ukhwah daripada ana;

‘Utsman bin ‘Abdul.



Ogos 20, 2007 at 12:09 pm
Aslkm.
Teringat ana zaman remaja…
kawan-kawan yang belajar silat ada beritahu, kalau lama dalam kandungan maksudnya boleh masuk ilmu pahlawan lebih daripada orang lain… sekadar kongsi riwayat je… entah betul entah tidak
Semoga anta mengikut jejak langkah Saidina Uthman juga.
Wassalam.
‘PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT;
Bersama Dakwah Tajdid Segar!
Ogos 24, 2007 at 6:36 am
Assalamu’alaykumwbt…. syukran for the visit…
Ogos 24, 2007 at 7:17 am
Wa’alaikumsalam wbt ya Zahra…
syukur kerna zahra sudi komen & visit blog ana…
Ogos 25, 2007 at 4:38 am
Hehe..
Ogos 26, 2007 at 7:32 am
Semoga “sejuk” perut ibu yang mengandungkan anaknya yg bernama ‘Utsman.
Ogos 31, 2007 at 3:52 pm
Salam ziarah.. Semoga dirahmati Allah..
September 17, 2007 at 9:38 am
Salam alaikum, salam ukhuwwah dan salam Ramadhan. Ana dah tag anta kat blog ana. Selamat belaker
Mac 18, 2008 at 5:30 pm
Assalamualaikum dan salam perkenalan.
=======================================================
Apa khabar anda hari ini?
Saya harap anda sihat sentiasa
Terlebih dahulu saya perkenalkan diri saya. Nama saya Sharil Azrul dari smartSUFI.com.
smartSUFI ingin mengajak anda berkongsi idea, pendapat, pandangan, pengalaman atau ingin bertanyakan soalan. Di harap perkongsian maklumat yang diperolehi nanti dapat meningkatkan kualiti hidup kita di masa depan. Oleh itu, kunjungi smartsufi.com untuk menambahkan pengalaman dan perkongsian maklumat. smartSUFI.com amat mengalu-alukan sokongan daripada anda semua. Semoga Allah memberikan rahmat kepada kita. Insya-Allah
“ Mencari Damai Abadi”
Semoga berjumpa lagi.
Sharil Azrul Bin Mohd Sohaimi
TBP 2666 MK. TANAH LIAT,
14000 BUKIT MERTAJAM,
Pulau Pinang.
Malaysia
Mac 24, 2008 at 3:21 am
masyaallah,hebat,ana minat blog anta,tapi ana tak dapat nak download dr haron din ceramah kat mekah ketika dia masuk kaabah,sila emel kat saya
Ogos 14, 2008 at 6:51 am
salam..
alhamdulillah masih ada insan seperti ini di dunia ini.susah nak cari.ana duk kat usim ni,name aje u sains islm tp bi’ah nye,sush nk kate.doakan keimanan ana bertambah stiap kali dugaan melanda ya sheikh…